Thursday, June 25, 2009

Setiap Detik Ia Jatuh


Ketika sehelai daun jatuh ke tanah..
Sebelum ia jatuh..
Berapa ramai cahaya mata baru dilahirkan di bumi ini..?
Berapa ramai warga emas meninggalkan kita...?
Berapa ramai di antara mereka jatuh cinta..?
Berapa ramai di antara mereka hilang jiwa...?
Berapa ramai nyawa tidak berdosa di hukum kejam?
Berapa ramai manusia bermata tetapi memejam?
Berapa ramai orang kisah di dalam diam?
Berapai ramai yang terus diam?

Berapa ramai orang meminta hak mereka?
Berapa ramai orang dirampas hak dari mereka?
Berapa ramai orang sedang makan hingga kenyang
Berapa ramai yang kebuluran?
Berapa ramai orang sedang menikmati keindahan dunia?
Berapa ramai yang telah buta, akibat di seksa?

Berapa ramai orang telah sembuh dari penyakit?
Berapa ramai yang jatuh sakit?
Berapa ramai yang sedang bergembira?\
Berapa ramai yang sedih?

Berapa ramai yang sedang berlari di atas rumput?
Berapa ramai yang sedang berlari di atas salji?
Berapa ramai yang sedang berlari di atas gurun?
Berapa ramai yang sedang berenang di dalam air?

Berapa ramai yang sedang gembira bersama keluarga?
Berapa ramai yang sedang keseorangan tanpa siapa-siapa?
Berapa ramai yang sedang sedang terhibur?
Berapa ramai yang sedang menghibur?

Berapa ramai yang sedang sujud menyembah Tuhan?
Berapa ramai yang berpaling mengikut syaitan?
Berapa ramai yang berjuang untuk keamanan?
Berapa ramai yang hanya ingin kesenangan?

Berapa ramai yang melihat daun itu jatuh ke tanah?
Aku sahaja...kiri kananku tiada siapa.
Ku tahu, bukan aku sahaja, pasti bukan aku sahaja.

0 comments:

Post a Comment

 

TeRbInTang. Design By: SkinCorner