Saturday, September 19, 2009

Raya

Raya datang lagi...
Sudah 20 kali..
Setiap kali raya kembali...
Aku rasa semakin dan semakin kecil.

Kenangan lama seperti menara yang tinggi
ku tenung dari bawah, sangatlah tinggi.
Tak tercapai dengan tanganku yang kerdil,
Hanya dapat ditenung dan di perhati.

Tahun ini,
raya datang lagi...
Tapi tahun ini,
aku tidak sendiri.

Thursday, June 25, 2009

Setiap Detik Ia Jatuh


Ketika sehelai daun jatuh ke tanah..
Sebelum ia jatuh..
Berapa ramai cahaya mata baru dilahirkan di bumi ini..?
Berapa ramai warga emas meninggalkan kita...?
Berapa ramai di antara mereka jatuh cinta..?
Berapa ramai di antara mereka hilang jiwa...?
Berapa ramai nyawa tidak berdosa di hukum kejam?
Berapa ramai manusia bermata tetapi memejam?
Berapa ramai orang kisah di dalam diam?
Berapai ramai yang terus diam?

Berapa ramai orang meminta hak mereka?
Berapa ramai orang dirampas hak dari mereka?
Berapa ramai orang sedang makan hingga kenyang
Berapa ramai yang kebuluran?
Berapa ramai orang sedang menikmati keindahan dunia?
Berapa ramai yang telah buta, akibat di seksa?

Berapa ramai orang telah sembuh dari penyakit?
Berapa ramai yang jatuh sakit?
Berapa ramai yang sedang bergembira?\
Berapa ramai yang sedih?

Berapa ramai yang sedang berlari di atas rumput?
Berapa ramai yang sedang berlari di atas salji?
Berapa ramai yang sedang berlari di atas gurun?
Berapa ramai yang sedang berenang di dalam air?

Berapa ramai yang sedang gembira bersama keluarga?
Berapa ramai yang sedang keseorangan tanpa siapa-siapa?
Berapa ramai yang sedang sedang terhibur?
Berapa ramai yang sedang menghibur?

Berapa ramai yang sedang sujud menyembah Tuhan?
Berapa ramai yang berpaling mengikut syaitan?
Berapa ramai yang berjuang untuk keamanan?
Berapa ramai yang hanya ingin kesenangan?

Berapa ramai yang melihat daun itu jatuh ke tanah?
Aku sahaja...kiri kananku tiada siapa.
Ku tahu, bukan aku sahaja, pasti bukan aku sahaja.

Sunday, June 14, 2009

KOSONG

Hati kosong
Jiwa kosong
Inginku meminta tolong
Untuk mengisi jiwa yang kosong

Tolong! Tolong! Tolong!
Tiada guna aku melolong
Tiada siapa pun di lorong
Lorong kosong
Jalan Kosong
Mengapa aku saja yang melopong
Di lorong kosong yang serong
Aku mencari-cari kau di mana
Hairan, mengapa kau ada ketika suka
Hilang ketika duka
Di mana janji kau dulu, susah senang kita bersama
Huh, itulah lumrah dunia
Senyap seketika…
Tercari-cari gerangan manusia
Bersama harapan penuh di dada
Memang tiada sesiapa
Lorong kosong gelap gelita
Sunyi tanpa suara
Jadi untuk apa aku meminta
Meminta pun tiada guna
Tinggallah aku sebatang kara
Akulah manusia paling hiba di dunia...

Friday, June 12, 2009

SAMPAI SYURGA



Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu
Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu
Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu
Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu
Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu
Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu
Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja
Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna

Thursday, June 11, 2009

Usah Pikir lagi 3 (end)

Sudah ku kata, kata ku senjata
Jangan di singkir setiap budi bicara
Tersilap langkah menentang kata
Ku ada sebatang pena, setiap langkah itu
Ku tulis jua. ..

Pisau dua mata, lidah bercabang dua,
Hentikan bicara, boleh hentikan duka?
Siapa yang kata? Hamba tertanya?
Mungkin hanya satu petanda.
Manis mulut macam gula,
Dibelakang muka masam macam cuka,
Di depan terlentok rendah dirinya jua
Di belakang besar kepala, besarnya dosa.
Jika kau mengerti setiap apa yang aku bicara
Ku hanya perlu pentingkan diri ku saja
Bersama dia berlari jauh entah kemana,
Tiada siapa yang berhak menduga
Jangan diduga tanpa ilmu yang cetek di dada.
Ku sudah hidup lama, dengan akal berfkir,
Sudah ku harungi lautan air mata yang mengalir
Sudah ku rasa hujan taufan dan ribut petir
Semakin hampir, semakin getir,
Kenapa kau gundah gulana
Jika ini takdir, rujukan tak perlu dilampir.
Aku hanya ada satu hati yang akan ku gabung bersama
Dengan wanita yang cuma satu di dalam jiwa
Kau pacak sebatang besi berduri beracun di tengah antara kami berdua tetap takkan terpisahnya kami berdua, kami berdua, hanya kami berdua, takkan terpisah kami selamanya.

Ku sudah bosan dengan perangai manusia
Salah sendiri, salah orang lain yang dicari juga
Jaga ***** sendiri, ***** orang lain di cerca
Pinggan mangkuk sendiri, pinggan orang lain di pecah.
Pakai cantik sendiri, pakai orang lain di koyak
Carah salah sendiri, salah orang lain di carak
Waras akal dan hati, tapi dua orang di parak
Karar di harap lepas ini, tapi api semakin marak.

Tulisan cantik lebih enak dari berkata
Orang tak paham, mulut berkata, otak ke mana?
Diam itu menang, tulisan itu satu senjata..
Sakit hati sampai ke tulang, sakit di dada..
Lahir berasingan, tapi mati bersama,

Biarkan aku sendiri, depanku orang yang ku sayang
Jika sesekali aku menoleh belakang, belakangku hanya ada bayang.
Biarkan aku sendiri, depanku orang yang ku sayang
Jika sesekali aku menoleh belakang, belakangku hanya ada bayang.

Pantun Cinta Dunia


Sembah salam pembuka bicara
Kepada taulan dengarlah bicara
Cerita cinta satu dunia
Indahnya cinta nak dijadikan cerita


Bila bercinta indahnya dirasa
Seakan dunia milik kita
Si dia cerdik berkata cinta
Makin utuh cinta si bunga


Lapar dirasakan kenyang
Tidur pula tak lena dibuatnya
Semakin hari semakin sayng
Itulah tanda pasangan bahagia


Lagu cinta mendayu-dayu
Makin teringat orang tersayang
Bila jauh asyik merindu
Setiap masa pasti terbayang


Bukan mudah alam berkasih
Umpama berenang melawan arus
Kuatkan hati pertahan kasih
Barulah rintangan akan terhapus


Biar banyak mulut mengata
Cinta tetap padanya selamanya
Itulah janji untuk setia
Moga ia berpanjangan selamanya


Sekian sudah bicara hamba
Segalanya tentang cinta duniawi
Kerana dalam hati ada cinta
Ingatlah cinta pada-Nya paling abadi....




Wednesday, June 10, 2009

Usah Pikir 2


Ingatkah engkau pada satu hari di satu

Dua hati bertemu menjadi satu
Lalu lahirlah aku membawa nya satu
Hati untuk dikau, dua hati kini menjadi satu .

Di mana lahirnya sifat suka mengata?
Fikir kemudian namun ayat sudah terbina
Sudah ku kata, kata adalah senjata
Kau tetap bertanya, tetap bertanya
“Kenapa pisau terasa tajam di jari
Kenapa pisau tak rasa tajam di hati
Kenapa kata tak tajam di jari
Tapi calarnya, pedihnya di dalam hati”
Asahlah pisau lalu letak di dada
Apa rasanya? Cubalah cuba.

Kita ada akal, gunakan ia
Kata-kata manis bukan sentiasa ada.
Jujur berkata lebih baik dari terlupa
Usaha empat kerat tulang
Apa balasannya? Namun kau tetap bertanya
Bagaikan si murai tidak dapat ladanya
Lada pedas rasanya, tapi si murai tetap meminta

Tulisan cantik lebih enak dari berkata
Orang tak paham, mulut berkata, otak ke mana?
Diam itu menang, tulisan itu satu senjata..
Sakit hati sampai ke tulang, sakit di dada..
Lahir berasingan, tapi mati bersama,
 

TeRbInTang. Design By: SkinCorner