Monday, June 8, 2009

Pantun Hujan Sungai Cinta




Kenapa hujan turun ke bumi?
Jika air di sungai melimpah-limpah
Sedang cinta tumbuh di hati
Sehingga akhir tak ingin berpisah


Sebabnya hujan turun ke bumi
Sang katak hijau merdu memanggil
Di mana letaknya cinta sejati
Luahkan rasa buahkan hasil


Jika hujan turun dengan lebatnya
Sungai melimpah menjadi banjir
Jika terpisah mereka berdua
Taufan rindu pastikan hadir

Hujan yang reda di waktu petang
Sungai mengalir beralun ke muara
Dugaan cabaran bukanlah penghalang
Moga cinta berkekalan selamanya

2 comments:

BoZaki said...

nice

Noor Syafiqa. said...

pantun ni kamu bt sendiri kah?

Post a Comment

 

TeRbInTang. Design By: SkinCorner